Tuesday 7 August 2012

LIRIK LAGU POLITEKNIK..RINDUNYEE

:: POLITEKNIK MALAYSIA ::

Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysiaku tercinta
Ilmu akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Di mana sahaja Politeknik berada
Harapan tetap sama

Chorus :
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Tekad, takwa, usaha
Penentu arah
Maju Politeknik ayuh maju
Semangatmu merestui perjuanganku
Teknologi teras pembangunan Negara
Politeknik Malaysia

Apa itu-Politeknik??

Politeknik merupakan tempat yang berkesan untuk melatih modal insan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Politeknik, universiti dan Kolej Komuniti di Malaysia terletak di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Setakat 2004, politeknik telah melahirkan 40,000 graduan peringkat diploma setiap tahun. Setiap tahun, hampir 420,000 pelajar peringkat SPM / SPMV keluar dari sekolah dan memasuki alam pekerjaan tanpa sebarang ilmu dan pengalaman yang sesuai. Setakat 2004, terdapat 20 buah politeknik di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai 60,000 orang. Pada 2008, terdapat 27 buah politeknik dengan 85,000 pelajar.
Lulusan politeknik mempunyai pasaran pekerjaan yang baik. Mereka ini lanjutan dari sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional yang terdapat di seluruh negara. Graduan politeknik lebih kreatif dan inovatif berhubung soal-soal teknikal dan mekanikal

LATAR BELAKANG PENUBUHAN POLITEKNIK

LATAR BELAKANG PENUBUHAN POLITEKNIK


Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bertujuan melahirkan
para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan,
hospitaliti, ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan
tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej
komuniti. Pada sesi Julai 2006, terdapat seramai 35,216 pelajar yang mengikuti program
di peringkat sijil dan 44,566 pelajar yang mengikuti program di peringkat diploma.
Politeknik KPTM mula diperkenalkan pada 1969 melalui Rancangan Colombo
dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pendidikan
politeknik telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Latihan (1991) dan Pelan Induk Perindustrian Negara (1985-1995). Sehingga
kini terdapat 18 buah politeknik dan dua buah politeknik kota yang sedang beroperasi di
seluruh negara :-
POLITEKNIK SINGKATAN TAHUN
Politeknik Ungku Omar PUO 1969
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah POLISAS 1976
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah POLIMAS 1984
Politeknik Kota Bharu PKB 1985
Politeknik Kuching, Sarawak PKS 1987
Politeknik Port Dickson PPD 1990
Politeknik Kota Kinabalu PKK 1996
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Shah Alam sehingga 2002)
PSA 1997
Politeknik Johor Bahru PJB 1998
Politeknik Seberang Perai PSP 1998
Politeknik Kota Melaka PKM 1999
Politeknik Kota Kuala Terengganu PKKT 1999
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(Dikenali sebagai Politeknik Dungun, Terengganu sehingga 2006)
PSMZA 2001
Politeknik Merlimau, Melaka PMM 2002
Politeknik Sultan Azlan Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim sehingga 2004)
PSAS 2002
Politeknik Kulim, Kedah PKU 2002
Politeknik Sultan Idris Shah
(Dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam sehingga 2005)
PSIS 2003
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
(Dikenali sebagai Politeknik Perlis, Perlis sehingga 2006)
PTSS 2003
Politeknik Muadzam Shah PMS 2003
Politeknik Mukah PMU 2005
Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) ditubuhkan pada tahun 1964.
Bahagian kecil ini telah distruktur semula menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal pada
1995. Peranan utama Jabatan Pendidikan Teknikal atau lebih dikenali sebagai, JPTek
adalah untuk memastikan kesinambungan dasar pendidikan dan perkembangan
pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
Skop pengoperasiannya termasuk memberi perkhidmatan di dalam penyelidikan,
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penyeliaan dan pemantauan pembangunan
pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu agensi pusat untuk sekolah menengah
rendah dan politeknik.
Sejak penubuhan KPTM pada September 2004, kini pengoperasian politeknik
dan kolej komuniti adalah di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) yang ditubuhkan pada 2005.